[Malaysia] PRESS STATEMENT: Geramm condemns harassment by Umno leaders and supporters towards two Malaysiakini interns

Geramm condemns in the strongest term harassment by Umno leaders and supporters towards two Malaysiakini intern journalists this afternoon.

It is even more concerning that the incident involved a male politician against a female journalist who had reportedly urged for her personal space to be respected, only to be further met with expletives.

According to a Malaysiakini report, the two interns were assigned to cover a Sembang Santai session featuring former premier Najib Abdul Razak in Petaling Jaya which later witnessed a fracas involving  Umno leaders and supporters against a group of Universiti Malaya student protestors.

The two Umno leaders reportedly hurled expletives and physically harassed the two Malaysiakini interns due to unhappiness over a report on the fracas.

Geramm hereby condemns the unacceptable act of physical and verbal assault against journalists on duty.

It is understood that a police report has been lodged over the incident and Geramm hereby urged the authorities to  swiftly investigate the incident.

We also stress that all journalists regardless of media organisations have a right to carry out our duties without being harassed, or worse, attacked by any irresponsible parties.

We also once again reiterate our support for the establishment of a Malaysian Media Council as a platform to resolve any disputes with any media agencies without the need to resort to violence.

We are in solidarity.

 

 

KENYATAAN MEDIA: Geramm kecam serangan dua pemimpin Umno keatas wartawan pelatih Malaysiakini

Gerakan Media Merdeka (Geramm) mengecam sekeras-kerasnya insiden gangguan ke atas dua wartawan pelatih Malaysiakini oleh dua orang pemimpin Umno siang tadi.

Lebih buruk lagi, kejadian berkenaan turut melibatkan pemimpin politik lelaki berdepan dengan wartawan wanita yang dilaporkan meminta agar haknya dihormati, namun dibalas dengan kata-kata kesat.

Memetik laporan Malaysiakini, kedua wartawan pelatih tersebut ditugaskan membuat liputan acara Sembang Santai bersama bekas perdana menteri Najib Abdul Razak di Petaling Jaya yang kemudiannya menyaksikan pergelutan berlaku melibatkan sekumpulan penyokong Umno dan beberapa orang mahasiswa Universiti Malaya.

Kedua-dua orang pemimpin Umno berkenaan dilaporkan melemparkan kata-kata kesat dan hampir mencederakan kedua wartawan pelatih Malaysiakini kerana kurang senang  dengan laporan portal tersebut tentang insiden pergelutan yang berlaku.

Geramm dengan ini mengutuk keras tindakan melampaui batas menyerang wartawan bertugas secara lisan dan fizikal.

Difahamkan satu laporan polis telah dibuat oleh kedua wartawan berkenaan dan Geramm dengan ini menggesa pihak berwajib untuk menyiasat insiden tersebut.

Kami turut ingin menegaskan wartawan tanpa mengira organisasi media berhak menjalankan tugas tanpa diganggu atau lebih buruk diserang oleh mana-mana pihak tidak bertanggungjawab.

Buat kesekian kali juga kami menyuarakan sokongan terhadap penubuhan Majlis Media Malaysia sebagai platform bagi mana-mana pihak untuk menyelesaikan pertikaian dengan sebarang agensi media tanpa perlu melibatkan kekerasan.

Kami bersolidariti

x Shield Logo
This Site Is Protected By
The Shield →