Agree to disagree: Book banning frenzy must end

[June 4, 2012] We the undersigned are alarmed at the increasing rate of hostilities leveled against certain publications, leading to either their outright banning and seizures, or even in some cases, hostility against and the arrest of their authors and publishers.

While there has been uproar against Irshad Manji’s “Allah, Kebebasan dan Cinta” recently, the trend started much earlier with the banning of works by Karen Armstrong, Salman Rushdie, Khalil Gibran, Irvine Welsh and Iris Chang, among others.

Even the works of local authors such as Faisal Tehrani and Kassim Ahmad and cartoonist Zunar have not been spared. It seems this banning frenzy led by the Home Ministry knows no limit. Zulkifli Noordin, Member of Parliament for Kulim-Bandar Baharu, also recently called for the ban of “Kahwin Campur antara Muslim dengan Non-Muslim” published by Institut Kajian Dasar.

Not only do such measures contradict the government’s supposedly moderate or wasatiyah stand on issues of diversity and tolerance, it  stifles discourse and views required by any mature and developing democracy. In a healthy democracy, progress can be measured by space given to different views without fear of retribution.

It also provides a pretext for the wanton exercise of power under the guise of religious order, with not only the Home Ministry’s Publications Control and Quranic Text Division carrying out seizure of books but also the Federal Territories Islamic Affairs Department (JAWI) and the Selangor Islamic Affairs Department (JAIS).

These measures blatantly favour only one or two interpretations or solutions to key issues affecting Malaysian life and society at the expense of others.

 

Book banning is a draconian measure that is not only ineffective but contrary to the spirit of dialogue and engagement that Malaysia desperately needs.

Malaysia as a nation of diverse identities, religions and cultures should embrace and welcome the complex interaction and exchange of ideas that is rapidly expanding in this era of globalisation. In that, the ethics of agreeing to disagree is crucial to ensure mutual respect for diverging ideas and dissenting views.

We call upon the authorities in Malaysia to put an end to book banning as the first step towards promoting diversity and respect in our society.

 

[Bahasa Malaysia version]

Kenyataan Bersama: Bersetuju untuk Tidak Bersetuju: Keghairahan pengharaman buku harus dihentikan

4 Jun 2012 – Kami, masyarakat madani seperti tertera di bawah bimbang dengan peningkatan tahap permusuhan yang dilancarkan terhadap beberapa syarikat penerbitan, yang membawa sama ada pengharaman mutlak dan perampasan, atau malah dalam beberapa kes, permusuhan dan penahanan ke atas penulis dan penerbitnya.

Sementara terdapat keributan terhadap karya Irshad Manji Allah, Kebebasan dan Cinta baru-baru ini, tren ini telah bermula lebih awal dengan pengharaman buku-buku Karen Armstrong, Salman Rushdie, Khalil Gibran, Irvine Welsh dan Iris Chang, antara lainnya.

Malah karya yang dihasilkan oleh penulis tempatan, seperti Faisal Tehrani dan Kassim Ahmad dan pelukis kartun Zunar tidak terlepas daripada menjadi sasaran. Nampaknya keghairahan aktiviti pengharaman yang digerakkan oleh Kementerian Dalam Negeri ini tidak mengenal batas. Zulkifli Noordin, ahli parlimen dari Kulim-Bandar Baharu, juga baru-baru ini menuntut supaya diharamkan buku Kahwin Campur antara Muslim dengan Non-Muslim yang diterbitkan oleh Institut Kajian Dasar.

Tidak hanya pendekatan ini bercanggah dengan prinsip kesederhanan wasatiyah yang dicanang oleh kerajaan terhadap isu kepelbagaian dan toleransi. Ia malah menghambat wacana dan pandangan yang diperlukan oleh mana-mana demokrasi yang matang dan membangun. Dalam demokrasi yang sihat, kemajuan dapat diukur dengan ruang yang diberikan kepada pendapat yang berbeza tanpa takut dikritik.

Ia juga menjadi alasan bagi taktik nakal penguasa yang berdalihkan perintah agama, dengan tidak hanya Bahagian Pengawalan Teks al-Qur’an Kementerian Dalam Negeri yang melakukan serbuan dan perampasan tetapi juga Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) dan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS).

Pendekatan ini jelas hanya mengambil satu atau dua interpretasi atau penyelesaianterhadap isu pokok yang membabitkan kehidupan masyarakat Malaysia dengan mengenepikan alternatif yang lain.

Pengharaman buku adalah langkah kejam yang tidak hanya tidak berkesan malah bertentangan dengan semangat dialog dan perundingan yang Malaysia sangat perlukan.

Malaysia sebagai sebuah bangsa yang mempunyai identiti, agama dan budaya yang rencam, harus mendakap dan meraikan interaksi yang kompleks dan pertukaran ide yang semakin rancak berkembang dalam era globalisasi ini. Dengan itu, etika bersetuju untuk tidak bersetuju sangat mustahak untuk diterap bagi memugar rasa hormat terhadap ide yang berlainan dan pandangan yang berbentur.

Kami dengan ini memuntut pihak penguasa di Malaysia untuk menghentikan pengharaman buku sebagai langkah pertama untuk meraikan nilai kepelbagaian dan saling hormat dalam masyarakat kita.

 

Endorsed by/Disokong oleh:

1.     Aliran
2.     All Women’s Action Society (AWAM)
3.     Centre for Independent Journalism (CIJ)
4.     Islamic Renaissance Front (IRF)
5.     Perak Women for Women Society (PWW)
6.     Persatuan Kesedaran Komuniti Selangor (Empower)
7.     Persatuan Masyarakat Selangor & Wilayah Persekutuan (Permas)
8.     Persatuan Sahabat Wanita Selangor
9.     Pusat KOMAS
10.  Saya Anak Bangsa Malaysia (SABM)
11.  Sisters in Islam (SIS)
12.  Suaram
13.  Tenaganita
14.  Women’s Aid Organisation (WAO)
15.  Women’s Centre for Change (WCC)